Monday, May 16, 2011

:: KAMIKAZE kah ini? ::

hyeee & wehuuuu....

pergh giler lama aku tak post pape kat blog aku ni, sebulan lebih ke? alah ada aku kesah? haha, memang takde orang kesah pun... ok ok ok, skang biarkan le yang kesah ke tak kesah tu... janji aku tak kesah, ko hado? ;p

neway, aku nak citer yang da basi berkulat nih... eeew yeww yeww, geli tekak mak!! haha... disebabkan malas melanda diri aku, jadi citer aku nak citer ni da basi lama da. bukan pasal hapo, hujung bulan April 2011 aku de aktiviti mang SUPERB BEST GILO TAK GILO. 

korang² suka tak ngan group WINGS atau lelagu WINGS? tak kesah lah kan, memasing nye citoraso, tapi aku ni buleh dikatakan membesar dengan lelagu WINGS untuk santapan halwa telinga. aku ni tadelah 'kamikaze' hafal giler semua lagu WINGS ni...kang tak pasal² kena sound ngan ayah aku "hamboi lagu hafal, sifir 3 ko hafal? ke surah Al-Waqiah hafal? yang tak berpekdah ni la ko hafal" ehem ehem...ni hanyalah dialog rekaan, ada 1% je yang betul...hehe

WINGS... rawk yeahh !!

okeh okeh kisahnya begini, hujung bulan April 2011 aku telah meng'konsert'kan diri aku ke Istana Budaya, yeahh rawkk !! bukan senang nak tengok konsert rock live gabung ngan orkestra... orkestra tu beb! super mantop la, konsert WINGS malam tu. aku ngan semangatnya nak pegi konsert tu, telah cabut balik opis awal...erkk kantoi ! haha, takpo da lepas pun...

pape pun ni ada beberapa keping gambar yang aku hambik malam tu, jom la kita scrooollllllllllll ke bawah......

yeahhhh, i'm here !! 

sibuk nak bergambar, orang soh cari no seat la... ;p

show mantop... stand & big clap for WINGS!!

tu la dia pe yang tak dapat nak ditaipkan, hanya gambar yang ceritakan keadaan tu... wah ayat tak hengat!

dan dan dan hujung bulan ni plak 27 may 2011, sekali lagi aku akan meng'konsert'kan diri lagi untuk DOUBLE TROUBLE di melaka...ho yeahhh tiket sudah dapat dan sekarang menghitung hari masanya itu. kamikazekah aku? aku hanya menikmati kehidupan ni dengan apa yang aku suka :)

pape pun bermillion terima kasih kat ayah ngan mak aku, sebab orang kesayangan ni la aku n adik² dapat g tengok konsert WINGS Opera Hidup bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan kat Istana Budaya. dan aku tumpang bangga ngan nama konsert tu 'OPERA HIDUP' yang salah satu tajuk lagu dalam album WINGS :)

oklah tu je citer basi yang da berkulat aku citer, jadi terima kasih sudi jadi salah sorang yang pembaca citer yang berkulat. hehe...

||caring is L O V E||


banyak kena ngena ngan WINGS....

No comments:

Post a Comment