Thursday, December 8, 2011

P E N A T + L E T I H

Salam...

Huh... sangat² penat + letih sejak menjak ni. Dari hari rabu lepas sampai lah hari ni. Aku pun pelik napa boleh jadi camni. Siap pikir apa yang aku buat seharian sampai penat + letih?

Penat + letih sebab kerja kah? Rasanya rutin kerja aku macam biasa, kalau tetiba bizi pun tadelah sampai macam ni.

Penat + letih sebab terlalu banyak fikir kah? Hurmmm mungkin, sebab terasa banyak sangat hal terjadi sejak menjak ni. Sampai aku pun tatau apa yang aku fikir, boleh macam tu? Sewel ! :p

Penat + letih, membuatkan hampir setiap hari aku akan masuk tido awal... usai solat Isyak. Masa mata aku untuk berehat, rehatkan minda. Terjaga di tengah malam... sambung tido... sedar² sudah Subuh. Azan berkumandang, TENANG :)

Benda yang tak terduga, tak di sangka... dunia², macam-macam hal boleh jadi. Melihat bilakah permainan ini akan tamat. Mulut tak mampu untuk berkata², lebih baik diam dari jadi kepochi. Heboh + kecoh dengan isu itu, satu dunia... sms ! FB ! youtube ! suratkhabar ! tv ! Keji sungguh dalang yang buat kerja ni... Pe untungnya yang ko dapat dengan cara ni? Hati kau puas? Pelik... heh ! Nak jatuhkan orang lain, kau guna cara keji. Kenapa tidak bersaing cara sihat, lagi mendapat manfaat. Argghhh, manusia bila dirasuk syaitan... mana fikir itu semua.

Semoga kita diRahmati dan dilimpahi Berkat dari Allah s.w.t. Ya Allah, ampunkanlah dosa² kami. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun.

Malam ni, aku tido lambat, tidak seperti hari² sebelumnya. Haha, MOTIF? Aku pun tak paham kenapa? Sudah puas tido, barangkali... HAHA

Kesepian malam, bulan mengambang, malam ni 12 Muharam 1433Hijrah saat sangat sesuai untuk muhasabah diri, perbaiki diri dan perangai. Terima kasih Ya Allah, dengan kesempatan yang Kau berikan kepada ku. Alhamdullilah.


|| caring is L O V E ||


terbang ke mana saja kau mahu....

Monday, November 28, 2011

LELAKI





I NEVER STOPPED LOVING YOU

I JUST STOPPED SHOWING IT...
sumber:goggle



' Kadang kala penat, kadang kala letih, kadang kala kecewa, kadang kala marah,

kadang kala rasa jauh, kadang kala sangka buruk, kadang kala emosi,

kadang kala datang otak fikir negatif,

duhai HATI tabahlah... jauhilah dari fikir yang negatif, fikirlah positif'


‎' BERSANGKA BAIKLAH walaupun PAHIT.. usah penatkan diri, 

sakit hati dengan andaian yang direka-reka sendiri..'



Setiap insan punya kelebihan dan kekurangan, 

pandanglah pada kelebihannya dan tutupkanlah kekurangannya


Yang pasti kita milik NYA... terima kasih Ya Rabbi kerana kurniakan rasa ini :)


sumber:goggle




doa ku semoga jodoh ku dengan beliau, Amin Ya Rabbalalamin :)

Monday, May 16, 2011

:: KAMIKAZE kah ini? ::

hyeee & wehuuuu....

pergh giler lama aku tak post pape kat blog aku ni, sebulan lebih ke? alah ada aku kesah? haha, memang takde orang kesah pun... ok ok ok, skang biarkan le yang kesah ke tak kesah tu... janji aku tak kesah, ko hado? ;p

neway, aku nak citer yang da basi berkulat nih... eeew yeww yeww, geli tekak mak!! haha... disebabkan malas melanda diri aku, jadi citer aku nak citer ni da basi lama da. bukan pasal hapo, hujung bulan April 2011 aku de aktiviti mang SUPERB BEST GILO TAK GILO. 

korang² suka tak ngan group WINGS atau lelagu WINGS? tak kesah lah kan, memasing nye citoraso, tapi aku ni buleh dikatakan membesar dengan lelagu WINGS untuk santapan halwa telinga. aku ni tadelah 'kamikaze' hafal giler semua lagu WINGS ni...kang tak pasal² kena sound ngan ayah aku "hamboi lagu hafal, sifir 3 ko hafal? ke surah Al-Waqiah hafal? yang tak berpekdah ni la ko hafal" ehem ehem...ni hanyalah dialog rekaan, ada 1% je yang betul...hehe

WINGS... rawk yeahh !!

okeh okeh kisahnya begini, hujung bulan April 2011 aku telah meng'konsert'kan diri aku ke Istana Budaya, yeahh rawkk !! bukan senang nak tengok konsert rock live gabung ngan orkestra... orkestra tu beb! super mantop la, konsert WINGS malam tu. aku ngan semangatnya nak pegi konsert tu, telah cabut balik opis awal...erkk kantoi ! haha, takpo da lepas pun...

pape pun ni ada beberapa keping gambar yang aku hambik malam tu, jom la kita scrooollllllllllll ke bawah......

yeahhhh, i'm here !! 

sibuk nak bergambar, orang soh cari no seat la... ;p

show mantop... stand & big clap for WINGS!!

tu la dia pe yang tak dapat nak ditaipkan, hanya gambar yang ceritakan keadaan tu... wah ayat tak hengat!

dan dan dan hujung bulan ni plak 27 may 2011, sekali lagi aku akan meng'konsert'kan diri lagi untuk DOUBLE TROUBLE di melaka...ho yeahhh tiket sudah dapat dan sekarang menghitung hari masanya itu. kamikazekah aku? aku hanya menikmati kehidupan ni dengan apa yang aku suka :)

pape pun bermillion terima kasih kat ayah ngan mak aku, sebab orang kesayangan ni la aku n adik² dapat g tengok konsert WINGS Opera Hidup bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan kat Istana Budaya. dan aku tumpang bangga ngan nama konsert tu 'OPERA HIDUP' yang salah satu tajuk lagu dalam album WINGS :)

oklah tu je citer basi yang da berkulat aku citer, jadi terima kasih sudi jadi salah sorang yang pembaca citer yang berkulat. hehe...

||caring is L O V E||


banyak kena ngena ngan WINGS....

Friday, April 1, 2011

- belajar dari kesilapan... -

Wargghhhh !! hari ni tatau napa rasa sangat-sangat takleh terima kenyataan... oh tidak ! Mengapa ini boleh terjadi?

Serius aku mang taleh nak tima kalau aku de wat salah dalam wat keje... hishhh. Bukanlah nak kata aku ni wat keje perfect tapi tu la aku akan rasa tercabar ngan prestasi keje aku teruk. Bagus ke tak kalau ada sikap camtu? Mesti orang akan cakap, eleh cam poyo la ko ni Reen, nak bodek ke hape. Arghhh, peduli apa aku... tu untuk diri aku, mestila kita nak hasil keje yang baik tapi aku bukan jenis BODEK, oke !!

Tadi bila baca email pastu boss aku pun cakap, report hari tu aku submit kena reject kat OSC... wargghhh !!
Masa tu aku rasa batu yang besar dari gunung banjaran Titiwangsa hempap palaotak ku, mengapa perkara ini terjadi? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Tapi boss aku cakap 'tape Reen, learn from mistake... sometimes we will do mistake' Yeah, betul tu boss, tapi bagi aku rasa sangat malu bila kesalahan tu orang lain dapat tangkap kesalahan yang aku tak perasan. 

Baiklah, pasni aku akan lebih lebih lebih lebih fokus.... hahaha, sebenarnya aku oke je saja nak wat tekanan ! Gile ke hape, orang camni pun ada ke? Blweeekkk.... tu le aku, saja nak wat gempak poyo :p

Bagi aku, bila kita lakukan kesalahan... dari situ kita akan belajar lagi lebih PEKA + PRIHATIN. Mungkin atau memang sebelum ni aku wat keje sambil lewa... hishhh ! Tak bagus camtu oke. Ye la, keje awak tu akan berkaitan ngan orang lain ngan department lain... tak besh la bila ada mistake camtu kan, kita keje tu siap ngan lancar tanpa ada masalah yang agak sengal. Reputasi + kreabiliti kena jaga beb, hehe. Papepun thanks to mereka-mereka yang menegur kesalahan saya itu, korang memang teamwork yang best :) 

Bila ada orang tegur kesalahan kita, tadelah kita ni pikir cam gud gud je... sebab kita ni manusia pasti ada wat silap yang kita sedar atau tidak sedar. Tapi bila ada orang tegur kesalahan kita tu, jangan le melenting tak tentu pasal, tak kira tegur dalam hal pe sekali pun. Sebab cam kes aku ni, aku kena tegur pasal keje rasa sangat sedih sambil tu mencari jalan penyelesaian supaya pasni tak terjadi kesalahan yang sama :) Perbaiki kelemahan dan kesilapan...

Fikir positif, bila orang tegur kita tu tandanya orang itu sayang kita :)


||caring is L O V E||


tiada yang sempurna...

Thursday, March 31, 2011

- D U A D U N I A -

hye weehuuu... !!!

lamanya aku tak menjengokkan diri ke blog aku nih... hai bizi bebenor ke? ngalahkan kamu tu CEO, haha !!
mood keMALASan melanda, taleh nak wat pape la... tu le dia, alasan MALAS ! camner nak maju?!
da nama pun hobi je menaip blog nih, bukan la aku ni TOP sampai ramai orang nak baca blog aku... ikut suka hati le bila rasa jari jemari ni nak menaip kan... kan... kan... lalala :)
tapi sejak akhir-akhir ni aku rajin stalk blog orang, kira blogwalking la. eh betul kejadah aku taip tu 'blogwalking'? kang salah wat malu je... doll ! haha, nampak sangat aku ni tak tahu menahu langsung :p

skang ni da nak penghujung bulan March 2011, haisshhh... kejapnya masa berlalu, hewww~!! diam tak diam, shut up not shut up (haha...teringat lawak sengal FBI masa AJL 25 tu hari) aku da nak sebulan kerjasama ngan boss baru. DUA DUNIA berbeza... tapi setakat ni aku senang kerjasama ngan boss baru aku tu. ye la, boss lama yang kena transfer tu pun okeh tapi cara kerja lain la kan, tapi aku da boleh adapt cara kerja boss baru aku. papepun aku harap dan berdoa semua urusan kerja berjalan lancar ngan tenang, AMIN.

DUA DUNIA? apa tu? tataula sejak menjak ni aku suka perkataan DUA DUNIA ni, tu kan tajuk lagu TOO PHAT feat ngan ct tu... tapi kalu direnung, difikir, dilihat keadaan sekeliling memang ada DUA DUNIA yang berbeza.

contoh palig terdekat aku nampak...

LAKI vs WANITA... tu dua dunia la kan, maksudnya Dunia LAKI vs Dunia WANITA

LAKI dunia mereka bolasepak, kereta, motor, racing, lepak di kedai mamak, video game PS, gadget. kalau WANITA shopping, make-up, fesyen, majalah hiburan & kecantikan, handbag, kasut,baju,gosipppp

kalau binatang pulak... ada JANTAN ada BETINA, dua dunia jugak. errr boleh ke tu?

di sekolah, CIKGU dan MURID... CIKGU dunianya mengajar, MURID dunianya belajar belajar belajar belajar exam exam exam...

kat pejabat, BOSS dan STAFF... BOSS memberi arahan, STAFF menjalankan arahan... jangan bangkang! kang tak dapat bonus tahun nih, baik ikut arahan. ada ke situasi camtu? hurmmm....

rumah, AYAH dan EMAK... AYAH mencari nakfah, EMAK menjaga keharmonian dalam rumah dan anak² tersayany.

di stesen bas, PEMANDU BAS dan PENUMPANG... PEMANDU BAS pandu bas ikut arah jalan yang ditetapkan, PENUMPANG menaiki bas pergi ke tempat yang ingin dituju.
 
dipendekkan citer walaupun DUA DUNIA BERBEZA tetap ada PERSAMAAN, apakah itu??
PERSAMAANnya... kita saling MEMERLUKAN antara satu sama lain, betol tak? bayangkanlah, kita naik keta, tapi minyak keta takde...gerak ke tidak keta tu? gerak le,tu pun kalau gagah perkasa nak tolak keta tu sampai ke destinasi. aci giler nak wat camtu...terror bebenor le tu kan, haha !

dalam kehidupan kita memang taleh nak pisahkan dan nak dinafikan, kita saling memerlukan. bila saling memerlukan, wujudnya nilai kasih sayang sesama kita... indahkan ciptaan Allah untuk hamba²nya :)

jadi... SAYANGIlah diri anda, orang keliling, alam sekitar, haiwan dan segala bagai ! (dah macam nak promote ntah benda plak)

okle, aku rasa ntah pape je aku merepek nih, baik stop skang! sebelum parah...hehe

||caring is L O V E||




 
kasih sayang itu perlu... :)




Wednesday, March 16, 2011

- kurang SIHAT -

hye... wehuuu !!!

hari ni tetiba aku rasa tak sedap badan

selesema tetiba...

tekak rasa perit tetiba...

terbersin tetiba...

semua tetiba je ni pesal?

mau demam ke?

rasa tidak selesa, mahu tido awal :)



okehla ||caring is L O V E|| take care ya


dak reen hari ni 1st day keje ngan bos baru, hiks :p

Saturday, March 5, 2011

:: Tiada Tajuk ::

apa yang perlu buat ?

dengar K A T A   H A T I ... 

listen to your H E A R T ...

huuurrmmm sungguh tatau nak dengar K A T A  H A T I yang mana S A T U ??

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*



semoga K A T A  H A T I dapat berikan S E N Y U M A N, walaupun P A H I T aku tetap boleh  terS E N Y U M :)


||caring is L O V E||





dak reen harap semoga KATA HATI tak salah ...





Wednesday, March 2, 2011

:: BARU ?!! ::

hye... wehuuu !!

hanya nak taip....




bulan BARU !!




boss BARU.... yesterday he arrived, welcome him with kompang !! (lawak je, ok !) 




suasana BARU.... sebab boss BARU, cara keje pun dah len la kn. haha, nyampah plak aku baca tang nih :p




aku ?? hari² mesti BARU.... barulah CERIA !!! weeee... ~




okeh cukup ngarut tu, ||caring is L O V E||


dak reen geli hati tgk gelagat x boss hari ni, kelam kabut je dia :p


Sunday, February 27, 2011

:: kata HATI lahir dari HATI ::


سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ

"Ya Allah, Ya Tuhan Ku yang Maha Pengasih Maha Penyayang Maha Mengetahui,
Engkau lebih tahu isi hati ku dan apa yang sedang aku fikirkan tiap saat, detik dan waktu.

Hamba mu ini memohon kepada Mu, Ya Allah...

Permudahkanlah hamba mu ini agar dipermudahkan bertemu dengan insan yang memiliki hati kanannya.

Empunya hati kiri ini masih mencari dan tidak kenal erti jemu dan putus asa mencari hati kanannya untuk dicantumkan dengan hati kirinya supaya menjadi satu hati yang sempurna.

Sekiranya hati kanan berada berdekatan dengan pemilik hati kiri, maka satukanlah hatiku dengan hatinya, dekatkanlah dirinya dengan diriku supaya menjadi sempurna.

Sekiranya dirinya telah tercipta untuk diriku dan diriku tercipta untuk dirinya, berkatilah KAMI, restuilah KAMI serta satukanlah KAMI dengan Rahmat Mu.

Sesunggahnya hati ini menerima hati itu kerana Mu, Ya Allah.  Engkau yang lebih mengetahui segalanya.

Amin Ya Rabbal Alamin"





Mood hati aku ketika ini sukar nak ditafsirkan [maaf kalau ayat aku malam ni agak puitis :), hanya nak melayan mood aja]

Ni apa yang terlintas kat fikiran aku secara spontan ngan tiba²... aku pun luahkan lah di sini :)

Betul, kadang-kadang aku terpikir + berpikir bila la agaknya aku akan jumpa dengan 
hati kanan ku ?
Hanya DIA yang tahu, aku berserah pada-Nya dan aku takan berhenti mencari, berharap segera temui. Semoga aku akan bertemu dengan hati kanan ku. Bila aku dah jumpa hati kanan tu, aku akan cakap ngan beliau macam ni...


Aku dengan nada suara macam marah cakap ngan KAMU si hati kanan ~
'Hei kamo ! Apsal ko curi hati kanan aku ? Curi diam² plak tu, bak sini balik hati kanan aku tu. Puas aku cari sana sini, rupanya kamo yang ambik !! Tak lena tido, tak senang hati aku bila hati kanan aku takde.'

DIA pulak menjawab soalan aku si hati kiri (weeee...) ~
'Wahai empunya hati kiri, memang aku yang ambik dan curi hati sebelah kanan kamo sebab kamo jugak telah mencuri hati kiri aku. Aku nak cantumkan hati kanan aku ni dengan hati kiri kamo tu supaya jadi satu hati yang lengkap.... pastu bla bla bla bla.'

[dah Reen ! jangan nak merepek-kerepek bukan² ok ! Nak wat drama Qing plak ko eh?]

[ala...antiklimaks betul la! potong stim la budak kecik ni, aku tengah datang idea mencurah² nak wat dialog...ko saja kan !]

[dah, jangan berangan lebih....nanti angan-angan Pak Jenin :) ]

[ala tu pak jenin, ni Reen...mana sama...huhu]

[tengok tu, menjawab ! takleh langsung diam dengar je nasihat org]

[errrr... kan da kena marah, padan muka aku! T_T]

okehlah, da malas nak merepek...mau tido, esok keje !!

||caring is L O V E||

dak reen berdoa semoga cepat bertemu dengan hati kanan itu :)

Wednesday, February 23, 2011

:: menjaga hati, HATI sendiri ? ::

tatau kenapa ngan aku nih, sejak menjak ni asyik nak layan lagu ni je.
tapi takde kena ngena ngan aku, maklum la aku kan L.O.N.E.R.A.N.G.E.R
ahaks, nyampah aku !! :p

penah tak tetiba satu hari rasa SEDIH :( rasa nak NANGIS :'( tanpa sebab ??
masa aku study dulu, aku penah rasa camni... nak² time nak final exam.
maklumlah, time tu rindu kat MAK + AYAH ngan rasa nak balik kampung sebab nak lepaskan RINDU :)

perangai ni aku terbawa² sampai la aku da masuk alam pekerjaan.  ngade² kan ? haha !!
masa tu keja pertama aku pun, kena hijrah dok jauh dari FAMILY.
tapi sekarang tidak lagi, sebab aku kerja dekat ngan tempat tinggal
MAK + AYAH aku :)
(mesti ada orang cakap aku ni 'ANAK MAK', hehe...tak kisah la.
 tapi chop chop chop !! ada ke orang baca blog aku ni, perasan le ko Reen :p)

oklah, nak melayan LAGU ni sampai TINGE aku jadi SEBAL, haha !

okeh selamat mendengar ngan menghayati :)



Yovie & Nuno - Menjaga Hati

masih tertinggal bayanganmu
yang telah membekas di relung hatiku
hujan tanpa henti seolah bertanda
cinta tak disini lagi kau telah berpaling

REFF:
biarkan aku menjaga perasaan ini
menjaga segenap cinta yang telah kau beri
engkau pergi aku takkan pergi
kau menjauh aku takkan jauh
sebenarnya diriku masih mengharapkanmu
ooh oooh


masih adakah cahaya rindumu
yang dulu selalu cerminkan hatimu
aku takkan bisa menghapus dirimu
meskipun kulihat kau kini diseberang sana


REFF


andai akhirnya kau tak juga kembali
aku tetap sendiri menjaga hati


REFF 2x


sejujurnya ak masih mengharapkanmu
oooh ooohh

||caring is L O V E||

dak reen malas nak berharap tinggi...

Monday, February 21, 2011

:: biter yang agak MEMERANJATkan (2) !! ::

hye...wehuuu !!!

Hari ni aku nak sambung cite balik yang tergendala semalam, gara² hujan turun secara tiba².

Pssstt, aku curi² menaip masa keje nih... jangan kantoikan aku tau :p  Ala en. boss pun tak masuk ofis rini, keje aku pun da settle, aku melayan le blog aku ni. (jangan tiru aksi aku ni di tempat keja korang, hehe)

Ok ok ok, citer pasal hari sabtu lepas tu. Kan en. boss aku cakap 'supervisor' (seorang lelaki cina) ni dah hantar tender. Aku sebenarnya bukan apa, bila dengar hal ni... aku rasa sangat lega. ^______^ betul sangat² lega !!

Sebabnya... sebabnya... sebabnya... malas la nak citer,hehe. Tak baik citer keburukan orang sebab aku pun ada gak buruk dan silapnya. Ye ye ye, mang aku sedar diri. Jadi pape pun haraplah orang berkenaan dan orang kelilingnya berubah sikap, nasihat ni pun untuk diri aku juga.

Aku harap lepas ni, semua berjalan lancar + tenang + aman bila 'supervisor' ala² kepala samseng lorat ni da BLAH !! Budak² salesman ni pun jangan nak tunjuk lorat plak, keja ikut arahan OK! Kalau tak puas hati ke ntah ke benda, jumpa terus. Jangan asyik nak complain je kejanya, macam le sales ko 1 bulan boleh hit target 1 billion... 1 ribu pun da nak mampos, banyak bunyi plak ye.

Itulah kan manusia ni memang tak penah bersyukur dan puas apa yang diberi dan dapat. Bila tak dapat, asyik lah nak salahkan orang lain. Kekurangan diri sendiri tak nak tengok. Apapun, dekat sini memang ngajar aku erti SABAR :), kawal MARAH. Paling tidak, aku SENYAP + DIAM ^^

Dahlah, bosan la citer pasal agent aku yang SENGAL ni. Dari tak dahaga boleh dahaga, tahu ! :p
Pape pun minggu ni, minggu menghitung hari kitaorg kat sini... sebab en. boss kami akan transfer ke tempat lain dan kami akan dapat en.boss baru :)

okeh ||caring is L O V E||


dak reen nangis bila dapat tahu en.boss kena transfer, sedih ok !! :'(

Sunday, February 20, 2011

:: keSAYANGANku, keSUKAanku, keGEMARanku ::

hye... wehuuu !!

tetiba je plak nak list apa yang aku SAYANG, apa yang aku SUKA dan keGEMARan aku bila masa ada lapang :)

i my mom & my dad...
i my lil sista & 2 lil bro
i my late grandma,(AlFatihah for her)
i my auntie & uncle
i my cousin, niece & nephew
i number 7
i my dear friends
i music !!
i icecream !! ^^
i books:reading
i movie!!
i  SOMEBODY who ME !! ^^
i my currently job (mesti nyampah kalu ada orang baca yang last ni,hehe)

obsess with HONDA  ~ The Power of DREAMS (sejak kecik aku minat,bila agaknya aku boleh dapat keta HONDA nih?...obses giler kentang !)

okeh la ||caring is L O V E||

dak reen sebenarnya mood tak menentu nak wat pe, hehe

:: biter yang agak MEMERANJATkan !! ::

hye wehuuu !!!

tatau la macam mana nak mula, ecece...poyonye ko nih ! haha...

ok ok ok, gini citer nya. ceciter ceciter,semalam dapat biter dari en. boss aku. siyes mang 'SURPRISE!!' bagi aku la kan, sebab aku je yang tau hal sebenar. haha, jangan le marah... gurau je :p

camni, semalam hari sabtu mang aku keje half day. en. boss aku sampai opis agak lambat tapi tak kisah la. lepas en. boss settlekan kejenya, gini le sikit lebih dialog en. boss...
 en. boss - Reen,i baru dapat surat dari s*p*u*visior 'kesayangan' (kesayangan tu agak meloyakan tekak aku, blweeekk)
 aku - hah !! surat apa pula tu boss? takan la surat resign? bila boss dapat surat tu (sambil senyum sinis)
en. boss - ni surat dia... betul la surat resign dia. tadi dia datang jumpa, bagi surat ni (sambil hulur surat itu\0
aku - sambil tergelak besar, haha (buruk seyh ko gelak, x cover langsung ! argh pedulik apa aku... tu namanya OUT OF CONTROL , ok!) ish, macam tak caya je boss... tapi tak kisahlah kan, bagus jugak kalau betul dia resign. mavis, u caya tak?

alamak, tetiba kedengaran petir la... tu tandanya mau HUJAN... sambung le kemudian story mory ni.

pe yang penting, aku memang HAPPY dengar citer nih... HAHAHA (gelak jahat siut!)

okeh la ||caring is L O V E ||

dak reen percaya 'Tuhan tu Maha Adil' :) 

Friday, February 18, 2011

:: bila rasa GEMBIRA ::

hye wehuuu !! 

Yeah... yeah... yeah... kejap je kan da hari jumaat, da abis untuk minggu nih.
Aku rasa macam baru je celecbrate birthday ayah jumaat lepas, 11 feb... i LOVE you, A Y A H :)

Hah, hari ni mood sesangat oke ! Sesangat oke ye ! Sebab si 'DIA' da balik dari cuti nya, weee. Agak-agak ada tak si 'DIA' beli coklat untuk aku? Hahaha, ko ingat ko tu 'MAKWE' dia? Jangan nak perasan la si 'DIA' belikan untuk ko... kasi lempang pipi ko tu, Reen. Peekkk sekali! Uweekkk, biarlah aku nak perasan... suka hati la kan, lalala...

Papepun, aku sedar... kitaorang ni bukan pasangan bercintan cintun. Aku tau nak letak diri aku kat mana, saja nak berangan dan perasan sendiri je. Pape pun, terima kasih pada si 'DIA' sudi berkawan dengan saya :)

Sebab bagi aku, bila kita berkawan kena ikhlas... dan prinsip aku, aku tanak putus kawan bila sudah berkawan. Melainkan kalau orang memang tanak kawan dengan aku, tu lain citer... aku tak paksa. Apa yang penting 'aku SAYANG kawan-kawan aku' :)

Okeh la, pada si 'DIA'... (ayat nak jiwang skit, haha) saya SAYANG awak juga <3 errr, malu plak =='

Da da da, sudah tu... sekarang berangan le, kang tetiba datang sedih. Penat kau nak melayan ! Cukup tu... ye la, ye la... tak leh langsung aku nak feeling, hehe.

Okeh ||caring is L O V E||

dak reen mudah sayang orang :)

Wednesday, February 16, 2011

:: yang PERTAMA ::

16 Feb 2011, post yang PERTAMA aku taip...

Tak tahu kenapa, hari ni aku betul-betul create 'blog' ni...
Sebelum ni memang nak buat 'blog' tapi asyik tak buat-buat... hanya teringin saja :)

Terfikir bila kala hati dan jiwa tengah runsing, kekacauan melanda... mana nak diluahkan apa yang dirasa?
Akhirnya yang selalu difikirkan tu, aku harus ada 'blog' sebab mahu menulis DIARI saya amat malas !! Haha... sebab kekok nak pegang pen lelama :p
Dengan 'blog' hanya perlu tekan papan kekunci ini saja.... lalala.

Apa yang aku rasa, itulah bermain di fikiran, hati dan jiwa aku...

||caring is L O V E||

dak reen ni biol :p