سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
"Ya Allah, Ya Tuhan Ku yang Maha Pengasih Maha Penyayang Maha Mengetahui,
Engkau lebih tahu isi hati ku dan apa yang sedang aku fikirkan tiap saat, detik dan waktu.
Hamba mu ini memohon kepada Mu, Ya Allah...
Permudahkanlah hamba mu ini agar dipermudahkan bertemu dengan insan yang memiliki hati kanannya.
Empunya hati kiri ini masih mencari dan tidak kenal erti jemu dan putus asa mencari hati kanannya untuk dicantumkan dengan hati kirinya supaya menjadi satu hati yang sempurna.
Sekiranya hati kanan berada berdekatan dengan pemilik hati kiri, maka satukanlah hatiku dengan hatinya, dekatkanlah dirinya dengan diriku supaya menjadi sempurna.
Sekiranya dirinya telah tercipta untuk diriku dan diriku tercipta untuk dirinya, berkatilah KAMI, restuilah KAMI serta satukanlah KAMI dengan Rahmat Mu.
Sesunggahnya hati ini menerima hati itu kerana Mu, Ya Allah. Engkau yang lebih mengetahui segalanya.
Amin Ya Rabbal Alamin"
Mood hati aku ketika ini sukar nak ditafsirkan [maaf kalau ayat aku malam ni agak puitis :), hanya nak melayan mood aja]
Ni apa yang terlintas kat fikiran aku secara spontan ngan tiba²... aku pun luahkan lah di sini :)
Betul, kadang-kadang aku terpikir + berpikir bila la agaknya aku akan jumpa dengan
hati kanan ku ?
Hanya DIA yang tahu, aku berserah pada-Nya dan aku takan berhenti mencari, berharap segera temui. Semoga aku akan bertemu dengan hati kanan ku. Bila aku dah jumpa hati kanan tu, aku akan cakap ngan beliau macam ni...
Aku dengan nada suara macam marah cakap ngan KAMU si hati kanan ~
'Hei kamo ! Apsal ko curi hati kanan aku ? Curi diam² plak tu, bak sini balik hati kanan aku tu. Puas aku cari sana sini, rupanya kamo yang ambik !! Tak lena tido, tak senang hati aku bila hati kanan aku takde.'
DIA pulak menjawab soalan aku si hati kiri (weeee...) ~
'Wahai empunya hati kiri, memang aku yang ambik dan curi hati sebelah kanan kamo sebab kamo jugak telah mencuri hati kiri aku. Aku nak cantumkan hati kanan aku ni dengan hati kiri kamo tu supaya jadi satu hati yang lengkap.... pastu bla bla bla bla.'
[dah Reen ! jangan nak merepek-kerepek bukan² ok ! Nak wat drama Qing plak ko eh?]
[ala...antiklimaks betul la! potong stim la budak kecik ni, aku tengah datang idea mencurah² nak wat dialog...ko saja kan !]
[dah, jangan berangan lebih....nanti angan-angan Pak Jenin :) ]
[ala tu pak jenin, ni Reen...mana sama...huhu]
[tengok tu, menjawab ! takleh langsung diam dengar je nasihat org]
[errrr... kan da kena marah, padan muka aku! T_T]
okehlah, da malas nak merepek...mau tido, esok keje !!
||caring is L O V E||
dak reen berdoa semoga cepat bertemu dengan hati kanan itu :)
No comments:
Post a Comment