Sunday, February 27, 2011

:: kata HATI lahir dari HATI ::


سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

"Ya Allah, Ya Tuhan Ku yang Maha Pengasih Maha Penyayang Maha Mengetahui,
Engkau lebih tahu isi hati ku dan apa yang sedang aku fikirkan tiap saat, detik dan waktu.

Hamba mu ini memohon kepada Mu, Ya Allah...

Permudahkanlah hamba mu ini agar dipermudahkan bertemu dengan insan yang memiliki hati kanannya.

Empunya hati kiri ini masih mencari dan tidak kenal erti jemu dan putus asa mencari hati kanannya untuk dicantumkan dengan hati kirinya supaya menjadi satu hati yang sempurna.

Sekiranya hati kanan berada berdekatan dengan pemilik hati kiri, maka satukanlah hatiku dengan hatinya, dekatkanlah dirinya dengan diriku supaya menjadi sempurna.

Sekiranya dirinya telah tercipta untuk diriku dan diriku tercipta untuk dirinya, berkatilah KAMI, restuilah KAMI serta satukanlah KAMI dengan Rahmat Mu.

Sesunggahnya hati ini menerima hati itu kerana Mu, Ya Allah.  Engkau yang lebih mengetahui segalanya.

Amin Ya Rabbal Alamin"





Mood hati aku ketika ini sukar nak ditafsirkan [maaf kalau ayat aku malam ni agak puitis :), hanya nak melayan mood aja]

Ni apa yang terlintas kat fikiran aku secara spontan ngan tiba²... aku pun luahkan lah di sini :)

Betul, kadang-kadang aku terpikir + berpikir bila la agaknya aku akan jumpa dengan 
hati kanan ku ?
Hanya DIA yang tahu, aku berserah pada-Nya dan aku takan berhenti mencari, berharap segera temui. Semoga aku akan bertemu dengan hati kanan ku. Bila aku dah jumpa hati kanan tu, aku akan cakap ngan beliau macam ni...


Aku dengan nada suara macam marah cakap ngan KAMU si hati kanan ~
'Hei kamo ! Apsal ko curi hati kanan aku ? Curi diam² plak tu, bak sini balik hati kanan aku tu. Puas aku cari sana sini, rupanya kamo yang ambik !! Tak lena tido, tak senang hati aku bila hati kanan aku takde.'

DIA pulak menjawab soalan aku si hati kiri (weeee...) ~
'Wahai empunya hati kiri, memang aku yang ambik dan curi hati sebelah kanan kamo sebab kamo jugak telah mencuri hati kiri aku. Aku nak cantumkan hati kanan aku ni dengan hati kiri kamo tu supaya jadi satu hati yang lengkap.... pastu bla bla bla bla.'

[dah Reen ! jangan nak merepek-kerepek bukan² ok ! Nak wat drama Qing plak ko eh?]

[ala...antiklimaks betul la! potong stim la budak kecik ni, aku tengah datang idea mencurah² nak wat dialog...ko saja kan !]

[dah, jangan berangan lebih....nanti angan-angan Pak Jenin :) ]

[ala tu pak jenin, ni Reen...mana sama...huhu]

[tengok tu, menjawab ! takleh langsung diam dengar je nasihat org]

[errrr... kan da kena marah, padan muka aku! T_T]

okehlah, da malas nak merepek...mau tido, esok keje !!

||caring is L O V E||

dak reen berdoa semoga cepat bertemu dengan hati kanan itu :)

Wednesday, February 23, 2011

:: menjaga hati, HATI sendiri ? ::

tatau kenapa ngan aku nih, sejak menjak ni asyik nak layan lagu ni je.
tapi takde kena ngena ngan aku, maklum la aku kan L.O.N.E.R.A.N.G.E.R
ahaks, nyampah aku !! :p

penah tak tetiba satu hari rasa SEDIH :( rasa nak NANGIS :'( tanpa sebab ??
masa aku study dulu, aku penah rasa camni... nak² time nak final exam.
maklumlah, time tu rindu kat MAK + AYAH ngan rasa nak balik kampung sebab nak lepaskan RINDU :)

perangai ni aku terbawa² sampai la aku da masuk alam pekerjaan.  ngade² kan ? haha !!
masa tu keja pertama aku pun, kena hijrah dok jauh dari FAMILY.
tapi sekarang tidak lagi, sebab aku kerja dekat ngan tempat tinggal
MAK + AYAH aku :)
(mesti ada orang cakap aku ni 'ANAK MAK', hehe...tak kisah la.
 tapi chop chop chop !! ada ke orang baca blog aku ni, perasan le ko Reen :p)

oklah, nak melayan LAGU ni sampai TINGE aku jadi SEBAL, haha !

okeh selamat mendengar ngan menghayati :)



Yovie & Nuno - Menjaga Hati

masih tertinggal bayanganmu
yang telah membekas di relung hatiku
hujan tanpa henti seolah bertanda
cinta tak disini lagi kau telah berpaling

REFF:
biarkan aku menjaga perasaan ini
menjaga segenap cinta yang telah kau beri
engkau pergi aku takkan pergi
kau menjauh aku takkan jauh
sebenarnya diriku masih mengharapkanmu
ooh oooh


masih adakah cahaya rindumu
yang dulu selalu cerminkan hatimu
aku takkan bisa menghapus dirimu
meskipun kulihat kau kini diseberang sana


REFF


andai akhirnya kau tak juga kembali
aku tetap sendiri menjaga hati


REFF 2x


sejujurnya ak masih mengharapkanmu
oooh ooohh

||caring is L O V E||

dak reen malas nak berharap tinggi...

Monday, February 21, 2011

:: biter yang agak MEMERANJATkan (2) !! ::

hye...wehuuu !!!

Hari ni aku nak sambung cite balik yang tergendala semalam, gara² hujan turun secara tiba².

Pssstt, aku curi² menaip masa keje nih... jangan kantoikan aku tau :p  Ala en. boss pun tak masuk ofis rini, keje aku pun da settle, aku melayan le blog aku ni. (jangan tiru aksi aku ni di tempat keja korang, hehe)

Ok ok ok, citer pasal hari sabtu lepas tu. Kan en. boss aku cakap 'supervisor' (seorang lelaki cina) ni dah hantar tender. Aku sebenarnya bukan apa, bila dengar hal ni... aku rasa sangat lega. ^______^ betul sangat² lega !!

Sebabnya... sebabnya... sebabnya... malas la nak citer,hehe. Tak baik citer keburukan orang sebab aku pun ada gak buruk dan silapnya. Ye ye ye, mang aku sedar diri. Jadi pape pun haraplah orang berkenaan dan orang kelilingnya berubah sikap, nasihat ni pun untuk diri aku juga.

Aku harap lepas ni, semua berjalan lancar + tenang + aman bila 'supervisor' ala² kepala samseng lorat ni da BLAH !! Budak² salesman ni pun jangan nak tunjuk lorat plak, keja ikut arahan OK! Kalau tak puas hati ke ntah ke benda, jumpa terus. Jangan asyik nak complain je kejanya, macam le sales ko 1 bulan boleh hit target 1 billion... 1 ribu pun da nak mampos, banyak bunyi plak ye.

Itulah kan manusia ni memang tak penah bersyukur dan puas apa yang diberi dan dapat. Bila tak dapat, asyik lah nak salahkan orang lain. Kekurangan diri sendiri tak nak tengok. Apapun, dekat sini memang ngajar aku erti SABAR :), kawal MARAH. Paling tidak, aku SENYAP + DIAM ^^

Dahlah, bosan la citer pasal agent aku yang SENGAL ni. Dari tak dahaga boleh dahaga, tahu ! :p
Pape pun minggu ni, minggu menghitung hari kitaorg kat sini... sebab en. boss kami akan transfer ke tempat lain dan kami akan dapat en.boss baru :)

okeh ||caring is L O V E||


dak reen nangis bila dapat tahu en.boss kena transfer, sedih ok !! :'(

Sunday, February 20, 2011

:: keSAYANGANku, keSUKAanku, keGEMARanku ::

hye... wehuuu !!

tetiba je plak nak list apa yang aku SAYANG, apa yang aku SUKA dan keGEMARan aku bila masa ada lapang :)

i my mom & my dad...
i my lil sista & 2 lil bro
i my late grandma,(AlFatihah for her)
i my auntie & uncle
i my cousin, niece & nephew
i number 7
i my dear friends
i music !!
i icecream !! ^^
i books:reading
i movie!!
i  SOMEBODY who ME !! ^^
i my currently job (mesti nyampah kalu ada orang baca yang last ni,hehe)

obsess with HONDA  ~ The Power of DREAMS (sejak kecik aku minat,bila agaknya aku boleh dapat keta HONDA nih?...obses giler kentang !)

okeh la ||caring is L O V E||

dak reen sebenarnya mood tak menentu nak wat pe, hehe

:: biter yang agak MEMERANJATkan !! ::

hye wehuuu !!!

tatau la macam mana nak mula, ecece...poyonye ko nih ! haha...

ok ok ok, gini citer nya. ceciter ceciter,semalam dapat biter dari en. boss aku. siyes mang 'SURPRISE!!' bagi aku la kan, sebab aku je yang tau hal sebenar. haha, jangan le marah... gurau je :p

camni, semalam hari sabtu mang aku keje half day. en. boss aku sampai opis agak lambat tapi tak kisah la. lepas en. boss settlekan kejenya, gini le sikit lebih dialog en. boss...
 en. boss - Reen,i baru dapat surat dari s*p*u*visior 'kesayangan' (kesayangan tu agak meloyakan tekak aku, blweeekk)
 aku - hah !! surat apa pula tu boss? takan la surat resign? bila boss dapat surat tu (sambil senyum sinis)
en. boss - ni surat dia... betul la surat resign dia. tadi dia datang jumpa, bagi surat ni (sambil hulur surat itu\0
aku - sambil tergelak besar, haha (buruk seyh ko gelak, x cover langsung ! argh pedulik apa aku... tu namanya OUT OF CONTROL , ok!) ish, macam tak caya je boss... tapi tak kisahlah kan, bagus jugak kalau betul dia resign. mavis, u caya tak?

alamak, tetiba kedengaran petir la... tu tandanya mau HUJAN... sambung le kemudian story mory ni.

pe yang penting, aku memang HAPPY dengar citer nih... HAHAHA (gelak jahat siut!)

okeh la ||caring is L O V E ||

dak reen percaya 'Tuhan tu Maha Adil' :) 

Friday, February 18, 2011

:: bila rasa GEMBIRA ::

hye wehuuu !! 

Yeah... yeah... yeah... kejap je kan da hari jumaat, da abis untuk minggu nih.
Aku rasa macam baru je celecbrate birthday ayah jumaat lepas, 11 feb... i LOVE you, A Y A H :)

Hah, hari ni mood sesangat oke ! Sesangat oke ye ! Sebab si 'DIA' da balik dari cuti nya, weee. Agak-agak ada tak si 'DIA' beli coklat untuk aku? Hahaha, ko ingat ko tu 'MAKWE' dia? Jangan nak perasan la si 'DIA' belikan untuk ko... kasi lempang pipi ko tu, Reen. Peekkk sekali! Uweekkk, biarlah aku nak perasan... suka hati la kan, lalala...

Papepun, aku sedar... kitaorang ni bukan pasangan bercintan cintun. Aku tau nak letak diri aku kat mana, saja nak berangan dan perasan sendiri je. Pape pun, terima kasih pada si 'DIA' sudi berkawan dengan saya :)

Sebab bagi aku, bila kita berkawan kena ikhlas... dan prinsip aku, aku tanak putus kawan bila sudah berkawan. Melainkan kalau orang memang tanak kawan dengan aku, tu lain citer... aku tak paksa. Apa yang penting 'aku SAYANG kawan-kawan aku' :)

Okeh la, pada si 'DIA'... (ayat nak jiwang skit, haha) saya SAYANG awak juga <3 errr, malu plak =='

Da da da, sudah tu... sekarang berangan le, kang tetiba datang sedih. Penat kau nak melayan ! Cukup tu... ye la, ye la... tak leh langsung aku nak feeling, hehe.

Okeh ||caring is L O V E||

dak reen mudah sayang orang :)

Wednesday, February 16, 2011

:: yang PERTAMA ::

16 Feb 2011, post yang PERTAMA aku taip...

Tak tahu kenapa, hari ni aku betul-betul create 'blog' ni...
Sebelum ni memang nak buat 'blog' tapi asyik tak buat-buat... hanya teringin saja :)

Terfikir bila kala hati dan jiwa tengah runsing, kekacauan melanda... mana nak diluahkan apa yang dirasa?
Akhirnya yang selalu difikirkan tu, aku harus ada 'blog' sebab mahu menulis DIARI saya amat malas !! Haha... sebab kekok nak pegang pen lelama :p
Dengan 'blog' hanya perlu tekan papan kekunci ini saja.... lalala.

Apa yang aku rasa, itulah bermain di fikiran, hati dan jiwa aku...

||caring is L O V E||

dak reen ni biol :p