Sunday, July 1, 2012

Semangat BARU !

Hye salam....


Lamanya tak buka ngan update belog ni, haish macam le ada orang baca ngan follow belog ko ni kannn. HAHA mang takkkkde la kan, kalu ada...untunggg laaa. HEHE :p

Sejak menjak lepas hadap 'cerita kisah sedih yang lalu' tu, aku makin busy ngan kerja aku, kehidupan aku yang setiap hari hadap benda baru :) Ceh macam good-good je ko ni kan, HAHA. 

Alhamdullilah, lepas peristiwa aku down pasal 'perasaan kiciwa' itu... rezeki aku melimpah ruah sama ada kerja ataupun hal yang lain. Terima kasih Ya Allah, dengan apa yang Engkau berikan kepada ku, Engkau sangat mengetahui segalanya. Tiap apa yang terjadi itu, ada hikmah di sebaliknya yang kita sendiri tidak tahu :)

Hokeh tutup citer cerita kisah lalu tu sebab dah berlalu pun, buat apa nak diingat atau recall balik kan... kan... kan :)

Hari ni 1st July 2012, kita da masuk bulan baru dan sudah setengah tahun perjalanan kehidupan seharian kita. Apa yang kita dapat dan buat dalam kehidupan kita 6 bulan yang lepas? Mestilah macam-macam, ada manis... ada pahit... ada sedih... ada gembira... haishhhhh memacam le kan, HEHE :)

Bagi aku, macam-macam ada tapi aku nak share yang best je... barulah syok ! Alhamdullilah start bulan July ni aku akan pegang jawatan baru, meanwhile aku naik pangkat, probation untuk 6 bulan :) Hokeh la tu, aku tak kisah... memang patot macam tu. Sebab jawatan baru, benda baru yang aku kena handle, banyak ilmu aku kena cari ngan korek dari senior staff kat tempat keje aku ni :) Takde jenis yang kedekut ilmu, they all really-really-really supported. After 6 month probation, it will be confirm with new post. May Allah bless me and thanks to Allah :)

Aku sangat terima kasih dengan support yang diaorang bagi kat aku plus team aku dekat branch Melaka. Diaorang yang dekat HQ sangat support, helpful, share ilmu, tunjuk ajar macam mana nak buat... itu yang aku buat cepat nak bergenang air mata sebab tengok how close we are, support each other even thought we are not under same  DIRECT BOS, different department, different region sebab aku brach but We 're ONE TEAM, UNDER ONE ROOF !!

And i had changed new boss for last 2 months, dah biasa sebab ni kali ke 3 aku tukar boss yang direct, belum kira yang indirect... hehe. Ex-boss aku tak benti tapi beliau di transfer ke region lain iaitu KB. I've learnt a lot experience, knowledge from him... how to manage the problem, how to face the problem... thanks a lot Jimmy, i'm really-really appreciated for it how you build up my carrier :) Dengan Jimmy ni jugak aku dapat KENAIKAN GAJI 2 kali dan jugak BONUS, selama 15 bulan dia jaga region Melaka. Bestkan !!! ^_^ 

Aku mesti rindu nak dengar Jimmy cakap 'alhamdullilah', 'insyaAllah' & 'tak ada masalah tak boleh selesai, semua masalah boleh selesai'. Amazing kan ex-boss aku ni leh cakap macam tu, he is a Chinese guy and Buddha and i was shamed with myself when he can said like that when the problem solve. Yang aku ni beragama Islam, kadang kala lupa nak sebut perkataan itu T_T"

Now I've new boss, he was transfer from region Central it is Bangi... Very welcome to him, he is Jagadesh a.k.a Jag. Semua boss yang transfer ke Melaka, semua okeh okeh belaka and they all are men, weeeee ! Gedik ko kan, Reen... haha.

Dan jugak mulai esok, kami di Melaka akan mula kerja di opis BARU.... lalala.
Suka hati ko kan, maklumla semuanya BARU :) Melaka team dengan semangat BARU. Everything NEW. Banyak benda aku nak belajar even thought I've worked here +- 3 years tapi disebabkan perubahan cara kerja, aku anggap diri aku baru with zero knowledge. 'Learn from the bottom although there has been experience', tak rugi pun bersikap begitu dari berlagak pandai tapi sebenarnya tak tahu langsung. Jangan malu bertanya ngan kongsi ilmu. Betul tak?

Okeh, aku tatau nak cakap pape lagi sekarang ni. Yang sangat aku perlukan sekarang ni SUPPORT + SEMANGAT dari team Melaka ngan team dekat HQ, tanpa korang mungkin takde benda ni semua. Doakan aktiviti harian, kerja seharian kitaorang berjalan lancar dan mudah... AMIN. Kami budak baru belajar, kalau ada apa-apa salah tolonglah beri tunjuk ajar kepada kami :)

Semoga kita dapat achieve misi, visi target company tahun ni... wahhhh giler poyo semangat ko kan. HAHA :D

Meh layan lagu bagi bersemangat, pikir POSITIF ! Layan....




|| U CAN DO IT !! seems like NIKE ||

Sunday, March 18, 2012

Tenangkanlah diri ku

                                               


Kadang kala kita pura-pura tenang apabila berdepan dengan masalah.
Kadang kala kita pura-pura kuat yang kita boleh terima apa yang berlaku.
Kadang kala kita pura-pura senyum maniskan muka hadapi masalah mendatang.

Kenapa apa kita pura-pura tenang?
Kenapa apa kita pura-pura kuat?
Kenapa apa kita pura-pura senyum?

Bila aku sedang hilang semangat, datanglah pada aku, peluklah aku, berikan kata-kata semangat pada aku agar aku tidak terus terjatuh, terduduk.

Beri semangat pada aku, berikan kekuatan pada aku untuk aku hadapi segala apa yang berlaku.







mohon kekuatan dari Ya Rabb

Tuesday, March 13, 2012

TERIMA KASIH

Salam...


                              
Jangan pernah marah, benci pada orang yang telah melukakan hati kamu, membuatkan kamu sakit. Sebaliknya berterima kasihlah dengan apa yang berlaku, ianya menjadikan diri mu seorang yang kuat, tabah & sabar.

Allah s.w.t, insan-insan tersayang sentiasa bersama kamu. Jatuh bangun kamu, mereka tetap bersamamu. Syukur, alhamdullilah dengan apa yang berlaku. Allah s.w.t sangat menyayangi kamu dan sentiasa memerhatikan kamu. 




Allah s.w.t lebih tahu apa yang kita perlu

Monday, February 27, 2012

Wordless Monday


sayangku padamu kerana Allah...

rinduku padamu juga kerana Allah...

cintaku padamu juga kerana Allah...

segala-galanya dariku untukmua kerana Allah...

aku serahkan segalanya pada Ya Rabb...

semoga dipermudahkan segalanya, Amin Ya Rabbalalamin...





berdiam diri dan berdoa, serah padaNya adalah jalan yang terbaik

Friday, February 10, 2012

Wordless FRIDAY


Ya Rabb...
Saat ini aku sangat-sangat perlukan pelukan dari seseorang untuk mententeramkan aku saat ini...

Ya Rabb...
Bawalah insan itu kepada ku untuk menenangkan dan mententeramkan aku dengan pelukannya...

Ya Rabb... Maha Pengasih Maha Penyayang Maha Mendengar...




** rasa debar-debar yang tidak henti-henti, kepada Mu aku berdoa...

Tuesday, February 7, 2012

DIA sentiasa disisi


Bila engkau letih dan hilang semangat,
Allah s.w.t tahu engkau telah berusaha sedaya upaya.

Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka,
Allah s.w.t telah mengira titis air matamu.

Bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,
Allah s.w.t tetap bersamamu.

Bila engkau kebuntuan akal,
maka Allah s.w.t adalah petunjuk jalan.

Apabila engkau telah BERAZAM,
MAKA berTAWAKALlah kepada Allah s.w.t

kerana Allah Maha Kuasa,
DIA berhak ke atas tiap hamba-hambaNya.

sumber: goggle




Allah s.w.t sentiasa memerhati dan mendengarkan kita

Wednesday, January 25, 2012

Ingin ENGKAU tahu


Aku ingin engkau tahu yang aku ingin...


menjadi insan yang engkau SAYANG di hati engkau

menjadi insan yang engkau CINTAI selamanya di hati engkau

menjadi insan yang engkau KASIHI hingga akhir hayat engkau

menjadi ISTERI yang SAH dengan lafaz akad nikah yang engkau lafazkan

menjadi insan yang selalu jadi TULANG BELAKANG engkau sampai bila-bila

menjadi insan yang sentiasa DISISI RUSUK KANAN engkau

menjadi insan yang sentiasa MEMBERI SEMANGAT dikala engkau LEMAH, SEDIH

menjadi insan sentiasa SELALU ADA DISISI engkau tidak kira apa pun situasi


Aku ingin engkau tahu tatkala engkau renung pada ku, mata ku dan hati engkau berkata;

'Akulah INSAN yang sangat engkau CINTAI, SAYANGI, KASIHI, yang SELALU ADA DISISI untuk beri kekuatan dan semangat hingga akhir hayat engkau.'

 
** Apa yang telah dan terjadi ianya mengajar aku erti kasih, rindu, pengorbanan, kesabaran, semangat yang tidak mengalah untuk kebaikan diriku dan juga buat dirimu.

Aku telah jumpa engkau dalam keadaan yang tidak ketahui, tidak bersedia kerana aku tahu apa yang berlaku itu adalah kehendak Allah S.W.T. DIA akan bagi atau ambil dalam keadaan yang aku sendiri tidak sedia, semuanya berlaku sekelip mata.

Bila saat itu terjadi untuk kali keduanya, hati aku telah terdetik dan berbisik... 
(biarlah ianya jadi rahsia antara aku dengan Ya Rabb kerana aku yakin tiada rahsia antara aku dan YA Rabb yang Maha Mendengar Maha Mengetahui isi hatiku yang tersirat dan segalanya. Sampai masa akan aku beritahu pada engkau apa yang tersirat dihati aku saat itu, bila, dimana... Bersabarlah sayang, Allah sayangkan kita.)




|caring is L O V E|



berdoalah selalu, Allah S.W.T sentiasa mendengar isi hatimu...



Sunday, January 15, 2012

Kepada NYA... Ya Rabb





Dari Allah S.W.T, aku datang...

Kepada Allah S.W.T jua aku kembali...

DIA yang telah menghidupkan aku dan mengambil aku kembali menghadap NYA...


Telah sampai masanya, yang tidak kita ketahui... 


Sudah tertulis di Luh Mahfuz...

Maafkan segala kesalahan ku, kekasaran ku, keburukan ku tanpa aku sedari telah melukai atau membuat semua insan-insan kesayanganku memarahi ku... 

Semoga Allah S.W.T merahmati kita semua.

Kirimkanlah Al-Fatihah untuk ku dan jangan pernah putus, doakan semoga roh dan jasad ku tenang di sana. 

Semoga dosa-dosa ku diampuni Allah S.W.T.

Ya Rabb, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa... Maha Memiliki. 

Sunday, January 8, 2012

Tanpa tajuk & kata, hanya lagu







When I look into your eyes
It’s like watching the night sky
Or a beautiful sunrise
There’s so much they hold
And just like them old stars
I see that you’ve come so far
To be right where you are
How old is your soul?

I won’t give up on us
Even if the skies get rough
I’m giving you all my love
I’m still looking up


And when you’re needing your space
To do some navigating
I’ll be here patiently waiting
To see what you find


‘Cause even the stars they burn
Some even fall to the earth
We’ve got a lot to learn
God knows we’re worth it
No, I won’t give up

I don’t wanna be someone who walks away so easily
I’m here to stay and make the difference that I can make
Our differences they do a lot to teach us how to use
The tools and gifts we got yeah, we got a lot at stake

And in the end, you’re still my friend at least we did intend
For us to work we didn’t break, we didn’t burn
We had to learn how to bend without the world caving in
I had to learn what I’ve got, and what I’m not
And who I am

I won’t give up on us
Even if the skies get rough
I’m giving you all my love
I’m still looking up
Still looking up

I won’t give up on us (no I’m not giving up)
God knows I’m tough enough (I am tough, I am loved)
We’ve got a lot to learn (we’re alive, we are loved)
God knows we’re worth it (and we’re worth it)

I won’t give up on us
Even if the skies get rough
I’m giving you all my love
I’m still looking up

[Jason Mraz - I Won’t Give Up]

Friday, January 6, 2012

Menangislah...


MENANGISLAH, jika itu yang akan buat engkau berasa lega...

MENANGISLAH, jika itu cara yang boleh buat engkau lepaskan apa yang rasa di hati...

Bukan untuk meminta simpati atau belas kasihan, tapi itulah cara yang boleh buat engkau melepaskan lelah di dada...

AIRMATA ini sangat MAHAL, Allah itu Maha Penyayang Maha Memahami mengapa engkau MENANGIS...

MENANGIS salah satu cara untuk luahkan rasa bila mulut tidak mampu untuk berkata-kata...

MENANGISLAH, sekurang-kurangnya engkau tidak lagi berasa penat dengan apa yang dipendamkan di dada itu. 

AIRMATA  yang mengalir itu terdapat banyak kata-kata yang tidak terluah...

AIRMATA itu sebenarnya adalah penguat semangat di kala diri sedang menghadapi saat sedih, duka mahupun saat gembira sekalipun AIRMATA tetap juga boleh mengalir.

Semoga selepas engkau MENANGIS, AIRMATA yang mengalir itu menjadi penawar dan juga kekuatan untuk diri mu supaya lebih TABAH, SABAR, CEKAL dan juga PEMBAKAR SEMANGAT untuk diri mu.




** Betul, bila kita dalam keadaan yang tak termampu untuk bersuara dengan apa yang kita rasa dengan menangislah dapat luahkan semua rasa. InsyaAllah lepas menangis, kau akan rasa lega. Sekarang aku sedang hadapi dalam situasi ini.

Bohonglah kalau aku kata aku sangat ok, tak apa-apa bila insan-insan yang menyayangi aku memberi kata-kata semangat 'Reen, bersabar + berdoa selalu' (Terima kasih insan-insan ini, Reen sangat menyayangi insan-insan ini kerana  sentiasa di sisi aku dalam apa jua situasi & keadaan... tak kira siapa mereka, terima kasih Ya Allah kerana  pertemukan aku dengan insan-insan ini) Insan-insan ini semua sangat risau dengan keadaan ini, maafkan aku kerana telah buat kalian risau.


Memang aku boleh kata dan berlakon sambil tersenyum ketawa berkata, 'Ya, Reen ok' tapi hakikat sebenarnya hati aku menahan bermacam-macam rasa sampai hati aku ni jadi sebal, sebak, lelah, letih, penat sampai dengupan jantung aku ni rasa laju sangat macam aku asyik berlari tiap saat, tiap detik sampai ketika ini. Aku pun tak tahu bila hati aku akan berhenti rasa risau, jantung aku ini akan berdegup seperti biasa? Kalau berhenti betul...Itu aku sudah PERGI tinggalkan semuanya kan? Sempat lagi kau nak buat ayat klise... #sigh

InsyaAllah, kekuatan aku takan pernah hilang dan luntur kerana insan-insan kesayangan ku sentiasa memberi semangat, inspirasi, sentiasa di sisi dan berdoa untuk aku dan juga 'DIA'. Semoga kalian selalu dan tetap berdoa yang baik untuk aku, 'DIA' dan doa kalianlah buat aku semangat, sabar, tabah. Yang Esa lebih mengetahui apa yang difikirkan dan apa yang sedang dilalui oleh 'DIA'. Aku juga yakin Allah Ya Rabb Ya Rahim sentiasa ada untuk hambanya dalam apa jua keadaan, sentiasa ingat pada Nya.

Lepas aku menangis hari tu, hari ini airmata aku tetap nak mengalir walaupun airmata ni memalu nak jatuh bila cakap pasal kami, fikirkan dia. Nape eh? Aku pun kadang-kadang pelik napa boleh jadi macam ni... jawapannya, hanya Ya Rabb yang tahu. Setelah kau berusaha, maka berdoalah bersungguh-sungguh kepada Nya...minta pada Nya kerana DIA Maha Mendengar Maha Memakbulkan doa hamba² Nya.

Meminjam kata-kata adik aku, kak ngah...

'Buat-buat kuat ketika kita lemah sangat memenatkan. Jadi wahai kakakku sayang menangislah luahkanlah segala isi hati kau. Biar rasa lega walaupun sekejap :)'

Terima kasih sayang, wahai adikku... kakak mu tidak akan lemah, kerana kakak percaya ini akan membuatkan kakak mu bertambah KUAT, kerana SEMANGAT ku takan pernah MENGALAH. 

Buat rusuk kanan ku (en kesayangan; Firdaus b Zainol)...

'Saya ikhlas menyayangi awak, terima awak dalam hidup saya. Allah lebih tahu apa isi hati saya kerana DIA menciptakan saya dan DIA Maha Mengetahui'. 



|caring is L O V E |




wahai hati jangan risau dan jangan takut, YAKIN

Wednesday, January 4, 2012

Datangnya tahun baru 2012

Salam...

Hari ni sudah hari ke-4 bagi tahun baru 2012. Tik tok tik tok, da 4 hari da. Rasa macam baru je malam Sabtu, 31.12.2011 hari tu menghitung detik perubahan tahun baru. Da hari ke 4 ni, apa je yang da buat eh? #wonderwithrollingeyes

Hokeh... semalam 3.1.2012 hari Selasa, hari pertama memulakan kerja di tahun baru setelah bercuti panjang dari memikirkan hal kerja. Pergh 'heaven' giler palotak ni #sigh. Tapi ! ada tapi tu... hari pertama je masuk keje, telinga ku yang comel sudah terima biter yang MENYAKITKAN... adoiyai ! Apa aja la korang ni, hengatkan da tukar tahun baru ni tade le korang nya perangai yang suka menyusahkan orang... Huh, tak paham betul la korang...

Errrr, rasa nak guna perkataan ni la... V I V A betul lah ko B A_______ !!! First think yang aku pikir, aku rasa nak rejam je manusia-manusia BA____ ni... hidup nak nyusahkan orang je yang dia tahu. Hokeh stop... e nuff !! Da tayah nak serabutkan palotak ko ngan perangai manusia-manusia macam ni, buat hati sakit buat pe... bukan dapat ape kan?

Hokeh, chill Reen !! HAHA, aku skang tengah nak menstabilkan balik ngan kawal emosi... da tamo da emosi masa keja. REEN B O L E H !! Maklumla, baru lpas buat 'appraisal'... jadi en.boss bagitahu ngan tegur pape yang patot. Mekasih en.boss ^______^ mudah-mudahan BONUS masyuk la, aminnnnn... hehe.

Lalala, semalam balik keje g merayau... jumpa lawat bakal mak+ayah mertua. Eceh, pink pulak tetiba pipi ku yang gebu ni... Okeh fine, sepak je pipi aku kalau itu ko rasa... haha.
Serius, makin lama aku makin sayang + senang + rapat borak ngan 'mereka' :) Nak kata selalu jumpa tidaklah, tapi cara'mereka' melayan aku... macam layan anak sendiri. Aku tak kekok borak dengan 'mereka', macam sembang ngan mak ayah aku sendiri...
En. Kesayangan aku tiada di kantin masa aku sampai tu, memang aku tak bagitahu pun En. Kesayangan yang aku nak ke kantin. Aku datang terjah tetiba je... Rindu pula kat En. Kesayangan ni. Caner ni? Hilang rasa sedih + sebak yang aku simpan dalam hati ni, bila borak ngan makcik Yah. Mekasih makcik Yah + pakcik Zainol sebab sudi menerima kedatangan Reen semalam ngan melayan borak sembang ngan Reen.
Malu aku semalam, ntah caner semalam leh pulak laju je air terjun ni ngalir ke pipi... HAHA, jejiwa pulak kan. Tapi siyes, selepas tu aku rasa lega sangat... kalau tak asal nak nangis je mesti taleh, tak kuar abis. Penat tahu bila rasa nak nangis tapi taleh nangis abis ni, pruffff ! Akhirnya semalam pecah jugak empangan mata Reen yang ditahan-tahan tunggu masa nak buak je.

Hokeh, aku nak layan lagu ni... dari kat opis tadi, asyik la ulang lagu ni. Motif? Suka hati aku la, haha. Liriknya sangat puitis dan mendalam... en. kesayangan, lagu ni saya tuju untuk awak...awak dengarlah.
Doa saya semoga permudahkan + dipercepatkan segala urusan dan perancangan kita oleh Allah s.w.t, AMIN Ya Rabbal alamin :)  

Moh kita feeling-feeling...




SELAMAT TAHUN BARU 2012 !! walupun da hari ke 4, HEHE

| caring is L O V E |




alhamdullilah, semoga semua berjalan lancar :)