MENANGISLAH, jika itu yang akan buat engkau berasa lega...
MENANGISLAH, jika itu cara yang boleh buat engkau lepaskan apa yang rasa di hati...
Bukan untuk meminta simpati atau belas kasihan, tapi itulah cara yang boleh buat engkau melepaskan lelah di dada...
AIRMATA ini sangat MAHAL, Allah itu Maha Penyayang Maha Memahami mengapa engkau MENANGIS...
MENANGIS salah satu cara untuk luahkan rasa bila mulut tidak mampu untuk berkata-kata...
MENANGISLAH, sekurang-kurangnya engkau tidak lagi berasa penat dengan apa yang dipendamkan di dada itu.
AIRMATA yang mengalir itu terdapat banyak kata-kata yang tidak terluah...
AIRMATA itu sebenarnya adalah penguat semangat di kala diri sedang menghadapi saat sedih, duka mahupun saat gembira sekalipun AIRMATA tetap juga boleh mengalir.
Semoga selepas engkau MENANGIS, AIRMATA yang mengalir itu menjadi penawar dan juga kekuatan untuk diri mu supaya lebih TABAH, SABAR, CEKAL dan juga PEMBAKAR SEMANGAT untuk diri mu.
** Betul, bila kita dalam keadaan yang tak termampu untuk bersuara dengan apa yang kita rasa dengan menangislah dapat luahkan semua rasa. InsyaAllah lepas menangis, kau akan rasa lega. Sekarang aku sedang hadapi dalam situasi ini.
Bohonglah kalau aku kata aku sangat ok, tak apa-apa bila insan-insan yang menyayangi aku memberi kata-kata semangat 'Reen, bersabar + berdoa selalu' (Terima kasih insan-insan ini, Reen sangat menyayangi insan-insan ini kerana sentiasa di sisi aku dalam apa jua situasi & keadaan... tak kira siapa mereka, terima kasih Ya Allah kerana pertemukan aku dengan insan-insan ini) Insan-insan ini semua sangat risau dengan keadaan ini, maafkan aku kerana telah buat kalian risau.
Memang aku boleh kata dan berlakon sambil tersenyum ketawa berkata, 'Ya, Reen ok' tapi hakikat sebenarnya hati aku menahan bermacam-macam rasa sampai hati aku ni jadi sebal, sebak, lelah, letih, penat sampai dengupan jantung aku ni rasa laju sangat macam aku asyik berlari tiap saat, tiap detik sampai ketika ini. Aku pun tak tahu bila hati aku akan berhenti rasa risau, jantung aku ini akan berdegup seperti biasa? Kalau berhenti betul...Itu aku sudah PERGI tinggalkan semuanya kan? Sempat lagi kau nak buat ayat klise... #sigh
Memang aku boleh kata dan berlakon sambil tersenyum ketawa berkata, 'Ya, Reen ok' tapi hakikat sebenarnya hati aku menahan bermacam-macam rasa sampai hati aku ni jadi sebal, sebak, lelah, letih, penat sampai dengupan jantung aku ni rasa laju sangat macam aku asyik berlari tiap saat, tiap detik sampai ketika ini. Aku pun tak tahu bila hati aku akan berhenti rasa risau, jantung aku ini akan berdegup seperti biasa? Kalau berhenti betul...Itu aku sudah PERGI tinggalkan semuanya kan? Sempat lagi kau nak buat ayat klise... #sigh
InsyaAllah, kekuatan aku takan pernah hilang dan luntur kerana insan-insan kesayangan ku sentiasa memberi semangat, inspirasi, sentiasa di sisi dan berdoa untuk aku dan juga 'DIA'. Semoga kalian selalu dan tetap berdoa yang baik untuk aku, 'DIA' dan doa kalianlah buat aku semangat, sabar, tabah. Yang Esa lebih mengetahui apa yang difikirkan dan apa yang sedang dilalui oleh 'DIA'. Aku juga yakin Allah Ya Rabb Ya Rahim sentiasa ada untuk hambanya dalam apa jua keadaan, sentiasa ingat pada Nya.
Lepas aku menangis hari tu, hari ini airmata aku tetap nak mengalir walaupun airmata ni memalu nak jatuh bila cakap pasal kami, fikirkan dia. Nape eh? Aku pun kadang-kadang pelik napa boleh jadi macam ni... jawapannya, hanya Ya Rabb yang tahu. Setelah kau berusaha, maka berdoalah bersungguh-sungguh kepada Nya...minta pada Nya kerana DIA Maha Mendengar Maha Memakbulkan doa hamba² Nya.
Meminjam kata-kata adik aku, kak ngah...
'Buat-buat kuat ketika kita lemah sangat memenatkan. Jadi wahai kakakku sayang menangislah luahkanlah segala isi hati kau. Biar rasa lega walaupun sekejap :)'
Terima kasih sayang, wahai adikku... kakak mu tidak akan lemah, kerana kakak percaya ini akan membuatkan kakak mu bertambah KUAT, kerana SEMANGAT ku takan pernah MENGALAH.
Buat rusuk kanan ku (en kesayangan; Firdaus b Zainol)...
'Saya ikhlas menyayangi awak, terima awak dalam hidup saya. Allah lebih tahu apa isi hati saya kerana DIA menciptakan saya dan DIA Maha Mengetahui'.
|caring is L O V E |
wahai hati jangan risau dan jangan takut, YAKIN
weee~ jiwang gak kak long kite ni ye ..
ReplyDeletebese la tu , ore puang mang cepat emosi , sket2 nak meleleh .. hehe .. same je kite ..
i can laugh even my heart cries .. chill der :)